Logo Rasmi

Logo Rasmi

Masjid Kampung Tg Rambai

Masjid Kampung Tg Rambai

Monday, January 11, 2010

Sejarah Penubuhan



Belia kpg Tg Rambai telah ujud sejak sekian lama dari zaman pahlawan ulung Tg Rambai yang juga merupakan ketua Kpg pertama iaitu Hj Abd Razak bin Sukiman@ Paksu deraja @ Tok Janggut. Pertubuhan belia pertama ditubuhkan ialah ksatria desa pada tahun 1966 yang diasaskan oleh beberapa orang belia seperti Th Hj Yahya bin Mat kaya( Pengerusi), En Razali bin Mat Tahir( Setiausaha), Dato' Mokhtaruddin bin Mat Kata( Bendahari),Allahyarham Ishak bin Mat Tahir, Allahyarham Ramli,Allahyarham Tahrin bin Jalal dan sebagainya.
Aktiviti yang dijalankan termasuklah membuka kedai syarikat dan projek pertanian tanaman padi dan jagung. Selain dari itu juga ksartria desa telah menubuhkan pasukan ghazal pati dan kumpulan pementasan drama yang diarahkan oleh mohd Yassin. Anatara pementasan yang pernah dijalankan ialahAshabul Kaffi,fitrah anak muda yang melibatkan tuan pegawai daerah hadir bersama. Pasukan Ghazal pati yang paling popular ketika itu ialah rayuan muda dan wayya. Maka ramailah orang dari segenap pelusuk kampung datang ke kampung Tg Rambai bagi menyaksikan pementasan drama dan ghazal pati yang telah berjaya mengumpul kutipan derma RM 500.00.
Setelah itu..ksatria desa telah dimansuhkan mengikut peredaran zaman. Maka tertubuhlah Gerakan Belia 4B cawangan Tg Rambai. Pada ketika itu 4B Tg Rambai sangat gah dengan kekuatan pasukan bola sepak SITARA yang pernah dinobatkan juara liga Daerah Hulu perak ketika perlawanan akhir menentang PDRM. Antara pengurus pasukan termasuklah En Yahya Mat kaya, En Zahari Zainuddin dan En Amaran bin Ismail. Gerakan belia 4B Tg Rambai juga telah memajukan projek pertanian tanaman jagung madu pertama di daerah gerik dengan kerjasama JKKKP yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Noor bin Abd Rahman. Kemuncak penglibatan belia pada ketika itu sehingga mampu menjemput YB Dato Menteri Pertanian pada masa itu untuk merasmikan projek tanaman jagung.

Masa terus berlalu di bawa arus perdana. Kini, Persatuan Belia Kpg Tg Rambai telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Ogos 2008. NO Pendaftaran PPBM 0419/08 di bawah kementerian Belia & Sukan. Bagi mengukuhkan organisasi belia, maka pada 2009, Pertubuhan ini telah bergabung dengan Majlis Belia daerah gerik.

No comments:

Post a Comment