Tarikh : 21 Februari 2010 Tempat : Komplek Belia Negeri Perak Dirasmikan oleh : YAB Dato' Seri Zambri bin Abd Kadir Menteri Besar Perak
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepimpinan belia negeri perak kerana telah berjaya melangsungkan mesyuarat agung kali ke 15 dengan rapi, kemas dan teratur. Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan dalasm semua jawatan Majlis belia negeri setelah hampir 14 tahun tiada pertandingan.Pertandingan pada kali ini menyaksikan kehebatan kepimpinan belia yang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam memastikan agenda pembanggunan belia negeri dapat diperhebatkan lagi. Dua orang calon pengerusi iaitu sdr Khairul Anwar El Syazalli bin Musa dan En Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara. Kedua pemimipin ini mempunyai pengalaman dan pengetauan yang amat luas dalam pengurusan dan pentadbiran belia kerana kedua orang ini merupakan tokoh tokph pemimpin di peringkat daerah dan negeri yang sangat terkenal. seramai 219 perwakilan telah mengundi dan keputusan memihak kepada calon 01 En Khairul Anwar El Syazalli. Tahniah dan Syabas semoga segala perancangan dan hala tuju belia akan terus diberi keutamaan dalam mengharungi cabaran di dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kepada calon yang tidak berjaya.., diharap dapat memberi sepenuh kerjasama, merapatkan barisan berganding tangan bersama di atas satu nama belia negeri perak.Amin.
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA KAMPUNG TANJUNG RAMBAI KALI KEDUA 2010
No 18, Jln Tok Janggut, Kampung Tanjung Rambai, 33300, Gerik Perak.
http:www. Beliatanjungrambai.blogspot.com
TARIKH: 30 January 2009(sabtu)
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG TANJUNG
RAMBAI
MASA: 8.30mlm-10.30mlm.
PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA KAMPUNG TANJUNG RAMBAI KALI PERTAMA 2009
TARIKH: 3 JANUARI 2009(sabtu)
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG TANJUNG
RAMBAI
MASA: 8.30mlm-10.30mlm.
KEHADIRAN: 71.4% 50/70 ORANG
AGENDA
1.UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT
2.PERLANTIKAN PENGERUSIPERSATUAN
3.PERLANTIKAN TIMBALAN PENGERUSI
4.UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN DAN PENGERUSI PERSATUAN MENGAMBIL ALIH PERJALANAN MESYUARAT.
5.PERLANTIKAN SETIAUSAHA KEHORMAT, TIMBALAN SETIA USAHA KEHORMAT,BENDAHARI KEHORMAT DAN TIMBALAN BENDAHARI KEHORMAT OLEH PENGERUSI.
6.PERLANTIKAN 10 ORANG AHLI JAWATANKUASA.
7.PERLANTIKAN DUA ORANG PEMERIKSA KIRA KIRA.
8.MEMBINCANGKAN USUL-USULDAN CADANGAN
9.HAL-HAL LAIN
10.UCAPAN PENANGGUHAN
1.Ucapan pengerusi mesyuarat
Pengerusi mesyuarat mengucapkan salam kepada semua ahli persatuan belia yang hadir kerana sudi memberi kerjasama untuk persatuan belia Tg Rambai.
2.Perlantikan Pengerusi Persatuan
Mesyuarat sebulat suara melantik pengerusi penaja iaitu En Omar Fazilah sebagai pengerusi persatuan.
Dicadangkan oleh: Ahmad Rizal bin Omar
Disokong oleh: Semua ahli
3.Perlantikan timbalan pengerusi
Mesyuarat sebulat suara melantik En Rizal bin Omar sebagai Timbalan pengerusi persatuan.
Dicadang oleh: Omar Fazilah bin mohamad
Disokong oleh : Semua Ahli.
4.Ucapan pengerusi
Pengerusi persatyuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menjadi pemimpin dalam persatuan. Pengerusi juga memberi harapan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan tolerensi. Pengerusi memohon juga supaya semua jentera AJK biro yang akan dilantik memberi sepenuh komitmen dan tanggungjawab bersama demi memajukan persatuan dan meletakan asas perjuangan mencapai sasaran dan kenyataan.
5.Perlantikan Setiausaha kehotmat dan timbalan serta Bendahari kehormat dan timbalan.
GERIK – Persatuan Belia Tanjung Rambai bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Rambai, Pergerakan Wanita UMNO Zon Kenayat, Amanah Ikhtiar dan Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar, berusaha mempopularkan sukan tradisional di kalangan masyarakat setempat dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Dalam program Hari Terbuka Tanjung Rambai, semalam, dua pertandingan atau permainan tradisional diadakan dan disertai wanita sekitar zon Kenayat.
Penyelaras Program, Omar Fadhilah Mohamad berkata, penganjuran pertandingan itu diurus Puteri UMNO Zon Kenayat dan sesuatu yang baik apabila dapat kembali mempopularkan permainan tradisi di kalangan belia.
Menurutnya, usaha itu perlu diberi galakan kerana memberi kesedaran kepada generasi moden tentang wujudnya permainan dan sukan tradisional di tanah bertuah ini.
“Usaha seperti ini sememangnya merupakan sesuatu yang baik dan perlu diperkembangkan lagi kerana ia merupakan permainan atau sukan tradisi rumpun bangsa Melayu.
“Sukan tradisional seperti ini perlu terus dipelihara dan terus dimainkan agar ia dapat terus diwarisi generasi-generasi mendatang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zon Kenayat, Salina Dahalan berkata, penganjuran pertandingan permainan tradisional ini merupakan antara usaha yang dilakukan bagi menghidupkan kembali permainan serta sukan tradisional di kalangan masyarakat moden.
Menurutnya, penganjuran untuk peringkat awal ini adalah tertumpu kepada permainan sukan tradisional dalaman iaitu congkak dan batu seremban, bersesuaian untuk disertai golongan wanita.
“Jika dilihat sekarang ini, permainan-permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban sudah semakin jarang dimainkan dan dipertandingkan oleh ahli-ahli masyarakat termasuk dari kalangan rumpun keturunan bangsa Melayu sendiri.
“Adalah menyedihkan jika permainan dan sukan tradisional ini terus ditinggal dan tidak dikomersialkan hingga akhirnya ia akan bakal luput ditelan arus peredaran dan perkembangan zaman,” katanya ketika di temui di Dewan Orang Ramai, Kampung Tanjung Rambai, semalam.
Pertandingan untuk kedua-dua permainan tradisional itu telah berlangsung sekitar satu jam dan telah melibatkan tujuh peserta mengikut cawangan masing-masing untuk kedua-dua jenis sukan berkenaan.
Untuk pertandingan congkak, yang diadakan dalam tiga pusingan, gelaran johan telah diungguli Fifi Fatin Natasha Syarpuddin dari Tanjung Rambai, sementara tempat ke dua dirangkul Sakinah Jaafar, dari Kenayat dan tempat ketiga jatuh kepada Norilyana Farhana Ariffin dari Tawai.
Bagi pertandingan batu seremban yang diadakan secara kalah mati, johan dirangkul Nor Idawati Nordin dari Kenayat, diikuti Fifi Fatin Natasha Syarpuddin, dan tempat ketiga dirangkul oleh Nor Ilyana Farhana Ariffin dari Tawai.
1.Sambutan Maal Hijrah Tarikh : 3.1.2009 Tempat : Masjid Kpg Tg Rambai Penyertaan : 500 orang Vip : Ybh Dato' Karim bin osman(DO), Yb Dato' Tarmizi bin Idris( ADUN)
2.Perasmian Pembukaan Kelas Silat Gayung, Kuntau Jawa dan Tomoi Belia Tg Rambai. Tarikh : 26.4.2009 Tempat : Gelanggang silat sementara Kpg Tg Rambai. Penyertaan : 350 orang Vip : Yb Dato' Sarani bin Mohd( Exco Perak), Yb Dato Tarmizi bin Idris( ADUN)
3.Majlis Perlimau & Penutup Silat Gayung, Kuntau Jawa & Tomoi Belia Tg Rambai. Tarikh : 27.6.2009 Tempat : Gelanggang sementara Tg Rambai Vip : Yb Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah
4.Majlis Sambutan Bulan Ramadhan & Perasmian Tadarus al Quran Tarikh : 20.8.2009 Tempat : Masjid Kpg Tg Rambai Vip : Yb Dato' Shamsul anuart Hj Nasarah. Yb Dato Tarmizi bin Idris.
5.Hari Terbuka Sempena Aidil Fitri Kpg Tg Rambai Tarikh : 17.10.2009 Tempat : Dewan Orang Ramai Tg Rambai Vip : Yb Dato Tarmizi Bin Idris.
6.Info Bestari mukim Gerik Tarikh : 14.15.11.2009 Tempat : Padang Futsal Pdg Kunyit Penyertaan : 2 team bola jaring
7.Program Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan Tarikh : (21.9.2009)-(7.10.2009). Penyertaan : 30 Belia & Beliawanis bertadarus. Tempat : Masjid Kpg Tg Rambai Vip : Peg Belia & Sukan Gerik.
8.Majlis Perasmian tadarus Al Quran Peringkat Daerah Tarikh : 15.10.2009 Tempat : Kpg Belum Baru Penyertaan : 12 orang Belia Tg Rambai terlibat.
9.Program One Malaysia peringkat Kebangsaan Tarikh :19.10.2009 Tempat : Stadium Perak Penyertaan : 44 Belia Tg Rambai mewakili Komuniti Bestari Gerik.
10.EXPDC Dala- Sungai Siput Tarikh : 26.12.2009 Tempat : Hutan Dala Penyertaan : 4 belia sebagai Marshall.
Kursus 2009
11.Kursus Jati Diri ADUN Temengor Tarikh : 12.4.2009 Tempat : Royal Belum Penyertaan :100 peserta. Belia Tg Rambai 7 orang. Vip : YB Dato Hasbullah bin Osman
12.Kursus Jati diri Bangsa belia Tg Rambai Tarikh : 24.4.2009 Tempat : Dewan Org Ramai Tg Rambai Penyertaan : 200 Belia dari Sekitar Gerik dan Lenggong. Vip : Yb Dato' Sarani bin Mohd & Yb Dato Tarmizi bin Idris
13.Kursus CIDB Malaysia Tarikh : 6-11.7.2009 Tempat : Dewan Orang Ramai Tg Rambai Penyertaan : 45 Orang Vip : Yb Dato Tarmizi bin Idris
14.Kursus Pa Sistem & Kursus Cendawan Tarikh : 3.10.2009 Tempat : kolej komuniti Gerik Penyertaan : 100 orang Vip : Pengarah Kolej Komuniti
15.Kursus Pembudayaan Usahawan Mlalui Koperasi Tarikh : 21.11.2009 Tempat : Kolej komuniti Penyertaan : 100 orang Vip : Yb Dato Shamsul anuar bin Nasarah, Ketu Pen Pengarah Koperasi Perak.
16.Kursus Teknologi Penanaman Nenas Tarikh : 10-12.11.2009 Tempat : Ladang Lekir Sitiawan Penyertaan : 2 orang belia berkursus.
Kursus Gunting Rambut Tarikh : jun-disember 2009 Tempat : Ledai Gunting Barbee Gerik. Peserta : Dua orang.
Aktiviti 2009
17.Gotong Royong Masjid Tarikh : 2.1.2009 Tempat : Masjid Penyertaan : Semua Penduduk Kpg
18.Gotong Royong Dewan. Tarikh : 18.4.2009 Tempat : Dewan orang Ramai Penyertaan : Semua Penduduk
19.Gotong Royong Rumah Tok NGe( Mantan Ketua Kpg Uzur) Tarikh : 20.6.2009 Tempat : Rumah Tok Nge Penyertaan : Belia,Beliawanis, Pemuda, Puteri, Wanita.
20.Gotong Royong Dewan Tarikh : 4.7.2009 Tempat : Dewan Penyertaan : semua Penduduk.
21.Gotong Royong Masjid Tarikh : 19.8.2009 Tempat : Masjid Penyertaan : Semua Penduduk.
22.Misi Bantuan Banjir Lenggong Tarikh : 4.10 2009 Tempat : KOta Tampan Lenggong Penyertaan : 7 Belia turut serta.
23.International Eco Challange Tarikh: 4.8.2009 Tempat: Royal Belum Penyertaan : 4 orang belia turut menjadi Marshall.
24.Gotong royong korban 2009 Tarikh : 27.11.2009 Tempat : Rumah ketua kpg & cikgu rizal penyertaan : seluruh penduduk kpg.
Pertandingan 2009
25.Karnival Sukan Parlimen Lenggong Tarikh :7-8.2.2009 Tempat: Padang Bandaran Lengong Penyertaan: Batminton, Tarik Tali dan Raga Ratus.
26.Pesta Sukan Air Negeri Perak Tarikh : 26.4.2009 Tempat : Lembah K. Kangsar. Penyertaan : Tiang licin, Pukul Bantal,Gusti bahu.
27.Pertandingan Kompang peringkat Negeri Perak Tarikh: 7.6.2009 Tempat : Komplek Belia & Sukan Manjung Penyertaan : 1 pasukan Belia mewakili Daerah Hulu Perak.
28.Karnival Sukan Tradisional Peringkat Kebangsaan Tarikh : 24-26.6.2009 Tempat : Tmn Rekriasi Sultan Abd Aziz Ipoh. Penyertaan : 2 pesilat seni, 4 pesilat tempur.
29.Bettle Of The Band Tarikh :16.12.2009 Tempat : Gerbang malam Gerik Penyertaan : pasukan belia Tg Rambai Juara.
30.Futsall KSK DUN Kenering Tarikh : 3.1.2010. Tempat : Gelanggang Futsal Pdg Kunyit Penyertaan: Tg Rambai Juara
31.Futsall Piala Ketua Pemuda UMNO Lenggong Tarikh :24.12.2009 Tempat : Gelanggang futsal Pdg Kunyit Penyertaan : layak ke semi final.
32.Explorace Youth Challange Tarikh :16.12.2009 Tempat : Bandar Gerik Penyertaan : 10 peserta Tg Rambai dan Naib Juara.