Tarikh : 21 Februari 2010
Tempat : Komplek Belia Negeri Perak
Dirasmikan oleh : YAB Dato' Seri Zambri bin Abd Kadir Menteri Besar Perak
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepimpinan belia negeri perak kerana telah berjaya melangsungkan mesyuarat agung kali ke 15 dengan rapi, kemas dan teratur. Mesyuarat pada kali ini menyaksikan pertandingan dalasm semua jawatan Majlis belia negeri setelah hampir 14 tahun tiada pertandingan.Pertandingan pada kali ini menyaksikan kehebatan kepimpinan belia yang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam memastikan agenda pembanggunan belia negeri dapat diperhebatkan lagi.
Dua orang calon pengerusi iaitu sdr Khairul Anwar El Syazalli bin Musa dan En Ahmad Ansor bin Muhd Rivai Batubara. Kedua pemimipin ini mempunyai pengalaman dan pengetauan yang amat luas dalam pengurusan dan pentadbiran belia kerana kedua orang ini merupakan tokoh tokph pemimpin di peringkat daerah dan negeri yang sangat terkenal.
seramai 219 perwakilan telah mengundi dan keputusan memihak kepada calon 01 En Khairul Anwar El Syazalli.
Tahniah dan Syabas semoga segala perancangan dan hala tuju belia akan terus diberi keutamaan dalam mengharungi cabaran di dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Kepada calon yang tidak berjaya.., diharap dapat memberi sepenuh kerjasama, merapatkan barisan berganding tangan bersama di atas satu nama belia negeri perak.Amin.

No comments:
Post a Comment